Review GT 128

July 7, 2010 by admin

Hari ni saya akan review sedikit tentang model terbaru yang dikeluarkan oleh Modenas syarikat permotoran tunggal negara kita.
Pada 23 Mac 2009 Modenas telah melancarkan model cub terbaru mereka iaitu Modenas GT128. Rekabentuk serba baru yang ringkas serta grafik yang mengancam membuatkan model ini cepat mendapat perhatian pengguna-pengguna motosikal terutama golongan muda.
Apa yang menarik model kali ini Modenas menampilkan brek disk pada tayar belakang yang sememangnya dinantikan oleh kaki-kaki rempit moped tanah air. Begitu juga dengan penambahan meter RPM pada papan muka meter GT128 ini. Selain itu lampu depan kini dipecahkan dua seperti mata alien memang menyerlahkan sifat sporty GT128.
Namun jika diselidiki spesifikasi enjinnya ia telah meminjam dari model terdahulu iaitu Modenas X-Cite 130. Mengapa tidak dilahirkan enjin baru dengan kapasiti baru?

Comments (1)

 

  1. Pozele noului Ferrari 458 Italia Challenge au aparut online dupa ce masina sport italiana a fost fotografiata in timpul prezentarii oficiale. Ferrari 458 Italia Challenge vine sa inlocuiasca modelul F430

Leave a Reply